Untuk mereka yang gemarkan masakan lemak dan salai.
Location
Review
Ulam & Sambal (RM1.00 - RM3.00)
Serikan hidangan dengan pelbagai pilihan ulam dan sambal yang ada termasuk sambal belacan tempoyak, sambal gesek dan sambal jering.
Cendawan Kukur (RM4.00 / senduk)
Kombinasi cendawan kukur dan masak lemak tidak pernah menghampakan.
Daging Salai (RM7.00 / senduk)
Biarpun kuah masak lemak cili apinya kelihatan cair tetapi rasanya masih padat.
Rasa terbakar dari daging salai juga ketara termasuk masin-masin daging yang menaikkan lagi selera makan.
Itik Salai (RM7.00)
Berpegang kepada janji dimana setiap hidangan masak lemak adalah berbeza, untuk hidangan itik salai, masak lemaknya ada rasa terbakar dan serai.
Daging itik pula tidak hanyir.
Keli Salai (RM7.00)
Olahan masak lemak yang lain, dimana rasa rebung diketengahkan lebih sikit.
Baung Masak Lemak (RM8.00 - RM12.00)
Ikan baung yang diguna dibawakan dari Pahang.
Masak lemaknya diserikan dengan petai dan sambal.
Perut Tembusu (RM3.00 / seketul)
Untuk hidangan masak lemak ini, rebung dilebihkan.
Rebusan Tulang (RM7.00)
Hidangan yang biasanya dijamu kepada tetamu ketika majlis perkahwinan di Negeri Sembilan.
Sempoi tetapi sedap. Rasa lemak-lemak kentang dengan bawang dan air rebusan daging tulang memang enak.
Mee Bandung Muo (RM10.00)
Olahan lemaknya wajar dipuji. Kacangnya kurang tetapi lebih kepada manis-manis udang dan geragau.
Chef tidak kedekut dengan rebusan daging. Memang puas hati!
;