Ini merupakan cawangan kedua Cor Blimey selepas outlet pertama mereka di Subang Jaya.
Location
Review
Fisherman's Pie (RM25.90)
Boleh dinikmati sebagai appetiser atau pengalas perut, mahupun minum petang selain pilihan makan malam.
Seasoning-nya sempoi sahaja, hanya sedikit daun parsley yang digunakan.
Intinya kaya dengan isi ikan, kupang dan pelbagai makanan laut lain.
Berbaloi untuk dicuba buat mereka yang gemarkan Shepherd's Pie tetapi versi seafood.
Fisherman's Catch (RM9.90)
Sebagai pembuka selera, menampilkan catch of the day (tangkapan hari ini).
Tiger prawn, kupang dan sotong segar digoreng sehingga rangup.
Dijamah bersama spicy Thousand Island dressing.
Bangers & Mash (RM20.90)
Hidangan yang ringkas, sosej dan kentang putar, tetapi masih memuaskan.
Nikmatinya bersama caramelised onions dan brown sauce.
Cod Fish With Mushy Peas (RM34.90)
Item signature Cor Blimey.
Sos dibuat sendiri, kentang dipotong sendiri.
Ikan cod disalut dengan tepung chilli lemon.
Selain chilli lemon, terdapat tiga pilihan batter lain - plain, lemon & herb dan onion & garlic.
Rasa chilli lemon yang masam-masam pedas menjadi pelengkap sempurna untuk ikan cod yang segar.
Sharing Platter (RM78.90)
Family Feast (RM109.90)
Buat mereka yang datang dalam kumpulan besar, boleh memilih satu daripada dua platter yang tersedia di sini.
;