IndoBowl menjanjikan anda hidangan Indomie gourmet yang terbaik dan paling authentic di bandar!
Location
Review
Indomie Sambal Matah Ebiko (RM13.00)
Ebiko atau telur udang dan sambal matah dijamah bersama mee segera Indomie.
Rasa hidangan yang masin-masin dari ebiko berserta pedas sambal matah menghasilkan satu kombinasi yang padu.
Indomie Dendeng Balado (RM10.00)
Sambal balado dimakan dengan daging dendeng rib eye.
Sambalnya tidaklah terlalu pedas, kualiti dagingnya pula bagus.
Nasi Iga (RM18.00)
Tulang rusuknya lembut dimakan bersama sambal balado.
Perkahwinan rasa yang sangat cocok.
Nasi Ayam Balado (RM10.00)
Nasi putih + ayam yang digoreng rangup + sambal.
Sempoi dan sedap.
Nasi Goreng Ayam Jawa (RM12.00)
Nasi gorengnya sedap lebih-lebih lagi bila dimakan dengan sambal balado.
Ayam yang digoreng cara Jawa sesuai sekali dijamah panas.
Indomie Mumbo Jumbo (RM59.00)
Sesuai untuk dimakan tiga hingga empat orang.
Platter mengandungi empat telur goreng, rib eye, ayam panggang, dua cucuk satay dan kambing bakar.
Puas hati!
Bumbu mee segera memang kena dengan sambal.
Tiga jenis sambal yang disediakan, setiap satunya menjanjikan perasaan dan pengalaman yang berbeza.
Dagingnya lembut. Tiada perapan sos memastikan anda dapat merasa rasa asli daging.
;