Biarpun ada menawarkan makanan tempatan, namun yang menjadi kegemaran ramai pengunjung adalah menu Barat mereka.
Location
Video
Review
Laksa Penang (RM9.00)
Resipi keluarga pemilik restoran.
Permainan rasanya agak menarik dengan rasa masam-masam limau hadir dengan rasa manis nenas dan rasa ikan yang berlemak.
Mint Spicy BBQ Honey Chicken Wings (RM16.00)
Kepak ayam bersalutkan spicy BBQ honey sauce. Sedap!
Special Roast Chicken (RM75.00)
Seasoning-nya sempoi sahaja bagi menyerlahkan lagi gabungan ayam panggang dengan sos cendawan.
Mix Grill (RM95.00)
Buat mereka yang gemarkan daging.
Ada lamb shoulder, sirloin steak dan beef short ribs.
Perasanya ringkas sahaja untuk menyerlahkan lagi rasa sebenar daging.
Dagingnya pula lembut.
Sos BBQ yang menyaluti beef short ribs ada rasa lemak-lemak yang memberikan satu kelainan.
Hidangan untuk empat hingga lima orang.
Mint Steak Pie (RM22.00)
Intinya padat dengan daging yang lembut.
Mint Chicken Pie (RM19.00)
Kombinasi pie dan sos cendawan memang win!
;