Bila di Kuala Selangor, rugi jika tidak mencuba dua hidangan eksotik dan popular di sini iaitu mentarang dan belangkas.
Untuk merasai menu mentarang yang menjadi pilihan ramai dan boleh dijamah tanpa was was, pastinya Faridah Mentarang Bakar.
Location
Video
Review
Kari Ikan Haruan (RM12.00 semangkuk)
Hidangan yang membuka selera.
Menariknya, kuah kari tidak menenggelami kesegaran rasa ikan haruan.
Sembilang Asam Pedas (RM13.00)
Ikan sembilang sudah sebati dengan kuah asam pedas, menjadikannya lebih enak untuk dijamah.
Mentarang Masak Lemak Cili Api (RM20.00)
Selain Perlis, mentarang dikatakan hanya boleh didapati di Kuala Selangor.
Rasanya lemak-lemak seperti tiram.
Mentarang Celup Tepung (RM20.00 untuk 1/2 kilo)
Tidak menghairankan, menu paling popular di sini.
Rangup dan sedap.
Pepahat Masak Sambal (RM15.00 untuk 1/2 kilo)
Pepahat atau siput buluh ini, buat yang belum lagi merasa, lebih kenyal dan meaty rasanya.
;