Menariknya tentang Spiced Pumpkin Cafe & Bakery, mereka mempertaruhkan masakan Palestine. Yang menjadi kegemaran pelanggan, Lamb Maqlubah dan Kunafa.
Location
Video
Review
Pita Nachos With Cheese (RM15.00)
Walaupun dikatakan pembuka selera tetapi hidangan ini memang fully loaded.
Pita dengan daging cincang dan keju mozarella.
Pumpkin Soup (RM15.00)
Sup ala Mediterranean.
Ada rasa manis-manis, berlemak dan berkrim.
Hidangan pembuka selera yang patut dicuba.
Lamb Maqlubah (RM85.00)
Maqlubah bermaksud terbalik. Ia antara hidangan tradisional Arab.
Nasinya dimasak dengan pelbagai herba dan rempah, sekali dengan kambing.
Hidangan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelbagai jenis kacang, salad dan dua jenis sos.
Bubur Sago Tres Leches (RM7.00)
Sos putihnya yang pekat dihasilkan daripada tiga jenis susu.
Lemak, berkrim tetapi tidak terlalu manis.
Tres Leches Cake (RM15.00)
Kek sponge dihidangkan dalam sos tres leches.
Tres leches bermaksud sos yang dihasilkan daripada tiga jenis susu, susu sejat, susu pekat dan heavy cream.
Kunafa (RM10.90)
Dihasilkan daripada keju mozarella.
Pastry yang telah dicarik-carikkan kemudian ditaburkan di atas beserta keju dan pistachio.
Lontong Kering Dendeng Paru (RM7.90)
Spiced Pumpkin Cafe & Bakery ada juga menghidangkan masakan Melayu.
;