Untuk hidangan Barat pada harga mesra rakyat.
Location
Video
Review
Bolognese Chicken Grill (RM9.00)
Spaghetti bolognese digabungkan dengan ayam panggang.
Sos bolognese-nya ada sedikit rasa lemak-lemak rempah dan chilli flakes.
Ayam panggangnya dimakan bersama brown sauce.
Ada baiknya untuk menikmati kedua-dua sos itu secara berasingan kerana mereka tidak begitu serasi bersama.
Burger Grill (RM5.00)
Di sini, tiada patty digunakan hanya ayam panggang.
Kemudian, dibanjiri dengan sos cili dan keju.
Beef Rib Eye (RM15.90)
Olahan sos-nya sedap dengan penambahan chilli flakes untuk rasa yang lebih pedas.
Dagingnya lembut, diperap sempurna.
Lamb Chop (RM14.90)
Sosnya yang merupakan brown and pepper sauce kelihatan sempoi tetapi sedap.
Enak dimakan bersama lamb chop yang empuk.
Boboiboy Set (RM22.00)
Set-nya didatangkan dengan kentang goreng dan burger ayam, dimana patty-nya digoreng rangup.
Ada juga spaghetti carbonara yang tidak terlalu creamy serta bebola daging dan sos lada hitam.
;