Buat anda yang gilakan hidangan patin, antara lokasi yang harus dijadikan singgahan, King Patin.
Location
Video
Review
Lampam Sangkar Goreng (RM12.00 - RM15.00)
Tiada rasa hanyir ataupun rasa lumpur kerana ia ikan sangkar.
Garing diluar, lembut di dalam.
Belanak Asin (RM1.00 seekor)
Rasanya yang masin-masin cukup membangkitkan selera terutamanya bila dimakan bersama sambal belacan.
Ikan Patin Tempoyak (1 set) (RM10.00 - RM15.00)
Versi Patin Tempoyak King Patin tidak terlalu pedas dan rasa lemaknya pula sedikit kurang.
Namun rasa itu tetap ada.
Pekasam (RM5.00)
Ikan patin diperap menggunakan resipi pemilik kedai sendiri sehingga ia jadi pekasam.
Tidak semasin pekasam yang didapati di bahagian Utara Semenanjung.
Isinya lembut tetapi luarannya garing dan masin-masin.
Asam Pedas Kembung (1 set) (RM8.00)
Asam pedas versi Janda Baik.
Menggunakan asam tumis, hidangan ini amat menyelerakan.
;