Mengetengahkan konsep santai, urban hipster dengan sajian makanan merangkumi masakan Barat dan tempatan.
Location
Video
Review
Burger T Rex (RM31.90)
Kalau dah nama pun T Rex, tidak menghairankan patty dagingnya, yang telah diadun dengan pelbagai rempah ratus, seberat 700 gram.
Buat mereka yang kuat makan, gemar daging dan keju.
Burger John Long Island Cheese Kaw (RM25.00)
Roti oblong sepanjang 12 inci diisi dengan pilihan daging, ayam atau kedua-duanya sekali dengan sos BBQ, blackpepper dan mozarella cheese yang telah dicampur dengan pewarna makanan (food colouring).
Nasi Seven Wonder (RM39.90)
Tujuh jenis nasi goreng dalam satu talam termasuk Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Tom Yam, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Kicap, Nasi Goreng Sardin, Nasi Goreng Kerabu dan Nasi Goreng Thai.
Dijamah bersama dua lauk iaitu daging cincang dimasak cara Thai (pad ka pow) dan ayam goreng berempah.
Mix Grill (RM32.90)
Hidangan ayam dan kambing yang dimasak dengan hanya menggunakan bawang.
Dijamah dengan sos lada hitam.
Turut disediakan sosej, kentang goreng dan salad.
;