Nikmati hidangan tradisi Negeri Sembilan selain masakan Utara serta Western.
Location
Video
Review
Nasi + Lemak Cili Padi Udang Galah (RM13.50)
Hidangan tradisional Negeri Sembilan.
Udang galah segar dimasak lemak dan cili padi memberikan kepedasan yang mengasyikkan.
Kari Kepala Ikan (RM35.00 - RM45.00)
Hidangan yang membangkitkan selera.
Ikannya segar, rempah kari pula pekat.
Nasi Goreng Teratak Special (RM12.50)
Setiap hidangan didatangkan dengan papadom, ayam dan telur goreng.
Nasi goreng pula boleh tahan pedasnya.
Teratak Mix Grill (RM40.00)
Perapannya ringkas, hanya garam dan lada hitam, tetapi itu sudah mencukupi untuk memberikan daging rasa dan perisa yang secukupnya.
Chef pula harus diberi pujian kerana pandai memanggang sambil mengekalkan kelembutan dan kelembapan daging.
Terdapat tiga jenis sos yang disediakan iaitu brown sauce, lada hitam dan Tennessee sauce.
;