Kafe yang berkonsepkan penerbangan ini menyajikan hidangan Barat yang telah di-Melayu-kan.
Location
Video
Review
Nasi Goreng Cendawan Pilot Cafe (RM9.90)
Seakan Nasi Goreng Cina tetapi dihidangkan dengan bebola daging dan brown sauce.
Nok Salted Grill Fish (RM22.00)
Ikan tilapia, diperap dengan hanya garam, dibakar bagi memastikan isinya masih manis dan kenyal.
Dimakan dengan sos olahan chef iaitu bawang putih yang dikisar dengan cili padi.
Dreamliner Steak (RM21.90)
Daging dimasak secukup rasa, perapannya juga sedap ditambah dengan chilli flakes for an Asian twist.
Sementara brown sauce-nya turut mengetengahkan kelainan dengan penambahan cendawan dan bawang putih.
Mutton Grill Buns (RM12.90)
Patty kambing dibuat chef sendiri dan hasilnya wajar dipuji kerana daging masih kekal empuk.
;