Terletak di sebelah Pondok Polis Sungai Ara di Bayan Lepas. Menghidangkan makanan beransurkan gabungan rasa tempatan dan sempadan.
Location
Video
Review
Nasi Pandan (RM5.00)
Aroma daun pandan cukup menusuk kalbu.
Dinikmati dengan ayam goreng yang rangup dan diperap secukup rasa.
Nasi Kerabu Thai (RM6.00)
Hidangan yang menjanjikan kombinasi rasa yang pelbagai dari masam, manis dan pedas.
Memang lain daripada yang lain.
Laksa Thai (RM3.50)
Laksa yang cukup berlemak - ekoran penggunaan dua jenis ikan, Ikan Sardin dan Ikan Temenung untuk mereneh kuahnya - dan pedas.
Mee yang digunakan lebih halus daripada kebiasaan tetapi secara keseluruhannya, enak.
Cendol Pulut Mangga (RM5.50)
Hidangan pencuci mulut yang harus dipesan, bukan saja ia berlemak tetapi manis.
Pulut Durian (RM8.00)
Manis, berlemak-lemak.
Gabungan paling win - santan + durian + pulut!
Pulut Ayam Thai (RM5.00)
Untuk anda yang lebih gemarkan pencuci mulut yang savoury, ayam goreng dijamah bersama sos cili dan pulut.
;