Menyajikan makanan Western, antara yang menjadi kegemaran pelanggan termasuk Chicken Chop, Chicken Grill dan Cheesy Chicken. Tetapi yang paling popular, pastinya menu Think Q Big Plate.
Think Q Big Plate didatangkan dengan tiga jenis daging iaitu Chicken Grill, kambing dan bebola daging, french fries, jagung rebus, sayur broccoli dan tiga jenis nasi. Chicken Grill-nya rangup di luar, lembut di dalam. Tiada perapan sebaliknya menggunakan sos blackpepper untuk bermain dengan rasa. Kambingnya pula 'dikahwinkan' dengan sos BBQ.