Shopping raya di Wisma Jakel dengan tenang tanpa risau mencari tempat untuk berbuka puasa kerana Hotel Silka Maytower yang terletak berhadapan dengan gedung membeli-belah itu menawarkan buffet buka puasa bertemakan Makanan Tradisi pada harga berpatutan.
Antara hidangan yang disediakan termasuk Ayam Masak Merah Bermadu, Kambing Kurma Dengan Ubi Kentang dan Rebung Masak Lemak Dengan Daging Lembu.
Berharga RM90 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak dari 4 - 12 tahun, seleksi makanan lain yang terdapat di buffet Ramadan ini adalah lemang, ketupat palas, rendang, sup, ikan bakar dan pencuci mulut.
Diskaun 50% diberikan kepada warga emas berusia 55 tahun ke atas dan juga kepada mereka yang membuat tempahan untuk tiga hari pertama dan tiga hari terakhir dalam bulan Ramadan.