Memang banyak pilihan untuk mendapatkan satay yang sedap di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
Buat penggemar satay, kalau tak pernah cuba Satay Zaini memang tak sah. Gerai Satay Zaini boleh anda kunjungi di Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang Jaya, seberang 7-11.
Resepi satay turun temurun yang diwarisi dari Satay Majid, Raja Satay Jalan Campbell ini memang dijaga keaslian rasa, saiz dan kualiti dagingnya. Hanya bahagian daging tenderloin dan knuckle sahaja yang digunakan untuk satay daging.
Satay Kambing juga popular di sini. Anda tidak akan perasan yang anda sedang menjamah satay kambing sehingga anda mengunyahnya. Sesuai untuk mereka yang tidak biasa memakan daging kambing kerana perapan istimewanya telah menghilangkan bau hamis pada daging kambing tersebut.
Bagi Satay Perut pula, hanya perut lembu tempatan sahaja digunakan kerana menurut pemilik restoran ini, perut lembu tempatan akan naik bau wangi semasa dibakar.
Kredit gambar: IG / @melzisme