• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home OurPick

Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2019 (KLFFH 2019) Angkat Sajian Tradisional Malaysia

Email Facebook Google Pinterest Tumblr Twitter

Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2019 (KLFFH 2019), kali ini membawa tema ‘Back To Kampung’ adalah satu acara yang dinanti-nantikan anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

KLFFH 2019 kali ini telah mempertandingkan beberapa kategori iaitu kategori terbuka, tertutup & wanita.  Seiring dengan tema ‘Back to Kampung’ maka kali ini warga kota iaitu para peserta telah memburu ‘Jaguh Kampung’ mereka sendiri yang mana ‘Jaguh’ yang dimaksudkan adalah sajian-sajian tradisional rakyat yang terdapat di restoran-restoran makanan tradisi di sekitar Kuala Lumpur. Yang lebih menarik lagi menu makanan yang selalunya amat ‘biasa’ bagi peserta tempatan tetapi unik bagi peserta luar, perlu dihabiskan dengan masa terpantas dan makanan ini terkenal dengan kepedasan, rempah ratus, keaslian dan keunikan yang tersendiri. Pastinya cabaran ini telah menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ serta mencabar dan amat menarik untuk disaksikan pada setiap checkpoint restoran yang terlibat.

KLFFH 2019 telah menjadi salah satu acara penting dalam memperkukuhkan pelancongan makanan Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur dan pada tahun ini juga menerima penyertaan dari luar negara. Acara menarik ini telah dianjurkan selama lebih dari 8 tahun untuk mempromosikan dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan pelancong mengenai keunikan pelbagai jenis makanan istimewa Malaysia dan kali ini makanan tradisional pula diketengahkan.

Jumlah penyertaan untuk KLFFH 2019 adalah seramai 1,000 orang, yang dibahagikan kepada 250 pasukan yang telah berlumba di sekitar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel, dan MRT. Mereka mesti menyiapkan tugasan di semua 10 lokasi untuk mendapatkan cop sebelum menamatkan perlumbaan.

Setiap checkpoint mempunyai cabaran yang tersendiri antaranya termasuk memakan hidangan tradisional seperti masak lemak cili api, patin tempoyak, ayam kampung, gulai daging salai dan banyak lagi, mereka juga perlu bermain permainan tradisional, menjawab soalan yang berkaitan dengan pelancongan di Malaysia dan Kuala Lumpur serta mencari lokasi restoran tradisi terpilih dalam masa terpantas. Mereka juga perlu mempromosikan hashtags acara seperti #VM2020, #VisitKL, #KLFFH, dan #MalaysiaTrulyAsia dalam posting media sosial sebagai salah satu peraturan dan salah satu usaha untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi melalui media sosial.


Comments

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2022

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!