• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home OurPick

Edisi Resipi Istimewa Puasa Enam: Kari Telur & Begedil Ayam

Email Facebook Google Pinterest Tumblr Twitter

Memasuki hari ke-11 Syawal, pastinya ramai yang sudah memulakan puasa enam.

Untuk enam hari seterusnya, JJCM akan berkongsi beberapa resipi yang boleh dicuba sebagai hidangan berbuka anda.

Terima kasih kepada rakan-rakan di MyResipi atas cadangan resipi.


Kari Telur

Dah bosan dengan daging dan ayam? Ikan pula tiada dalam stok peti sejuk.

Takpe, telur pun mencukupi sebagai hidangan berbuka. Dimasak pula dengan kari, memang membuka selera.

Bahan:
*1 biji bawang besar (cincang halus)
*3 ulas bawang putih (ketuk / belah kasar)
*1 lembar daun kari (di lurut)
1/2 camca teh rempah tumis ikan
2 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan rempah kari daging
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
2 biji kentang
2 biji tomato
2 biji lada hijau
Sedikit minyak masak
3 biji telur rebus

Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkkan rempah tumis dan kacau sedikit sebelum memasukkan bahan-bahan yang bertanda *. Tumis hingga bawang layu dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan kacau hingga wangi. Rempah cepat hangus, jadi kacau rata dengan cepat. Masukkan air dan juga kentang.

3. Bila kentang setengah empuk, masukkan santan, tomato dan lada hijau.

4. Akhir sekali, masukkan telur dan biar mendidih, dan semua bahan masak. Bubuh garam sesedap rasa.

5. Siap untuk dihidang dengan nasi panas, bendi goreng rangup dan papadom.


Bergedel Ayam

Andai ada yang merasakan hidangan Kari Telur tidak memadai, boleh saja ditambah dengan resipi Bergedel Ayam dari Chef Hanieliza ini.

Bahan:
4 biji ubi kentang (dipotong kecil) 
2 cawan air
1 labu bawang besar (dipotong dadu) 
150 gram isi ayam (dipotong dadu) 
1 sudu makan rempah kurma 
2 sudu teh lada hitam (ditumbuk) 
3 sudu besar bawang goreng 
1 pokok daun sup (diracik halus) 
3 biji telur 
Garam secukup rasa 
Minyak masak secukupnya

Cara:
1. Basuh dan rebuskan kentang dengan air dan garam sehingga empuk. Tos-kan. 
Masukkan kentang ke dalam mangkuk besar dan tumbuk sehingga lumat.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan masukkan isi ayam. Kacau sehingga masak. Tutupkan api.

3. Masukkan isi ayam dan semua bahan kecuali telur ke dalam mangkuk berisi kentang yang dilumatkan tadi. Gaul rata.

4. Ambil sedikit adunan dan kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis adunan.

5. Pecahkan telur di dalam mangkuk lain dan kacau rata. Celupkan ketulan bergedel di dalam telur.

6. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan sehingga garing dengan api sederhana.

7. Angkat dan tos-kan minyak. Sedia dihidangkan.


Comments

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2022

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!