Jika hendak disenaraikan satu persatu restoran berasaskan masakan Thai yang terdapat di Lembah Klang, memang payah lah. Pendek kata, banyak sekali.
Setiap satunya bermegah dengan keunikan hidangan masing-masing. Namun, jujur bertanya, berapa yang benar-benar enak dan lives up to the hype?
Adeena Thai Cafe antara tempat makan baharu di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Yang membuatkan admin tergerak hati untuk mencubanya kerana bunting di luar kedai yang mengumumkan Thai Beef Noodles (RM17.90) mereka yang terbaik di bandar ini.
Dari segi saiz hidangan, memang besar. Bukan sekadar mangkuk yang besar tetapi portion mee, daging dan bebola daging yang diberikan cukup generous. Setimpal dengan harga yang dikenakan.
Sup-nya serba-serbi cukup dari segi perasa dan perisa, serta hasil daripada tempoh mereneh yang lama. Dagingnya pula empuk.
Satu lagi hidangan yang sempat dicuba, Thai Basil Beef Rice (RN17.90). Daging dicincang sebelum di stir fry dengan cili, daun selasih dan kicap.
Hidangan yang ringkas penampilannya tetapi amatlah membuka selera bila dijamah dengan nasi panas. Dagingnya lembut, kuahnya pedas, manis… pendek kata, flavourful.
Kesimpulannya, admin memang enjoy setiap hidangan yang dipesan hari itu. Satu percubaan yang membuahkan hasil yang tidak disangka.
Tetapi untuk menjawab persoalan yang diajukan di awal artikel, benarkah Thai Beef Noodle di Adeena Thai Cafe yang terbaik di bandar ini?
Thai Beef Noodle mereka, bagi admin, memang sedap dan harus dicuba namun untuk dikatakan yang terbaik, tidak menghairankan jika ada tempat lain yang lagi hebat.