Selain hidangan berat, lauk-pauk dan nasi, Ramadan tidak terkecuali terlalu sinonim dengan kuih-muih dan manisan. Kepelbagaian pengaruh budaya masyarakat majmuk seakan menjadi perbandingan dalam bentuk warna-warni kuih-muih yang menggoda mata bila ke bazar Ramadan.
Pulut Nangka
When pulut durian and pulut mangga are too mainstream, go for pulut nangka! Khas untuk peminat pulut, pulut nangka ini adalah sesuatu yang patut dicuba. Rasa lemak santan yang dimasak likat, dimakan dengan nangka emas serta aroma pulut pandan, meletus di tunas rasa!
Aneka Kuih
Mengaku sajalah, kita selalu berpusing satu bazar, rambang mata tak tahu apa yang mahu dibeli. Say no more. Di Bazar Kompleks PKNS Shah Alam juga ada gerai menjual empat jenis kuih dalam pek kombo. Kuih lapis, koleh kacang, seri muka dan seri muka durian, apa lagi anda mahu?
Akok
Kuih asalan Kelantan ini boleh dikatakan eksklusif, hanya muncul di bulan puasa sahaja. Selain akok biasa, boleh juga pilih akok pandan untuk kelainan. Kedua-duanya tidak banyak beza, Cuma bau dan warnanya sedikit berlainan.