Terkenal dengan sajian asli Malaysia dan Thailand, Restoran Food & Co. yang merupakan anak syarikat Segi Seri Group tidak ketinggalan menawarkan bufet Ramadan pada harga berpatutan.
Dengan harga RM35++ untuk dewasa, anda boleh menikmati variasi menu dua sempadan yang enak, antaranya Tom Yam, Ayam Masak Berlada, Sup Ayam Berempah, Paprik Daging, Kurma Daging dan pelbagai lagi.