Di bulan penuh keberkatan, Ramadan, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur menghidangkan seleksi makanan yang mengingatkan kita kepada masakan dimasak ibu-ibu. Sejauh mana kaki melangkah, air tangan ibu akan selalu menjadi pilihan anak-anak kerana nostalgia membesar dengan magisnya chef terhebat di dunia ini.
Sotong Masala
Mempunyai pengaruh masakan India, Sotong Masala dimasak sempurna tanpa membuatkannya terlalu liat. Ramuan rempah-ratus, kunyit, cili dan garam berkadaran seimbang tanpa berlebih-lebihan antara satu sama lain.
Daging Rendang Dendeng
Penggemar rendang mesti cuba rendang dendeng ini. Rasa kerisik yang mewah dimasak dengan santan yang cukup ‘lemak’nya, apa lagi yang lebih sempurna dari hidangan ini dimakan dengan nasi panas?
Kerabu Ayam Pedas
Pembuka selera ala Melayu ini didedikasi khas untuk penggemar ayam. Gabungan serasi ayam, kelapa parut dengan kepedasan cili, sedar tak sedar, enak diratah sampai boleh terlupa pada hidangan utama! Confirm.
Daging Masak Lemak Cili Padi
Mungkin untuk disesuaikan dengan pengunjungnya yang datang dari seluruh pelusuk dunia, hidangan ini agak tidak mencapai standard kepedasan biasa masak lemak cili padi. Namun, rasanya masih boleh boleh dikompromi untuk penggemarnya.