Bertemakan ‘Sajian Nostalgia Bersama Chef’, Cinnamon Coffee House, One World Hotel, Petaling Jaya menawarkan buffet Ramadan yang pelbagai rasa. Bukan terhad kepada sajian tradisi Melayu, malah terdapat juga menu popular bercitarasa antarabangsa.
Dengan harga RM158 bersih untuk dewasa dan RM79 bersih untuk kanak-kanak, anda boleh makan sampai puas sehingga jam 10.30 malam.