Tahun 2018, INTEKMA Resort & Convention Centre (INTEKMA) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.
Pelbagai pilihan appetiser
Sesi berbuka puasa yang dinamakan [email protected] ini diadakan di Ruangsari INTEKMA, iaitu ruang dewan banquet (marquee tent) yang boleh memuatkan hingga 1,000 orang pelanggan atau tetamu pada satu masa.
Mee rebus
Ayam Berlada
Lebih daripada 70 jenis hidangan selera masakan kampung boleh didapati di Ruangsari INTEKMA.
Ikan Sepat Masin Gulai Nenas
Lala Tumis Cili Padi
Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Daging Masak Kerutup, Ayam Berlada, Hati Lembu Rendang Pedas, Kupang Masak Berempah dan Sayur Lemak Pucuk Ubi.
Ayam Goreng Berempah
Tidak ketinggalan adalah juadah sampingan yang menjadi pilihan setiap tahun seperti Bubur Lambuk Ayam dan Daging, Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow Goreng dan Mee Rebus yang dimasak secara langsung di gerai-gerai yang disediakan.
Limpa Masak Dendeng
Kambing Golek
Hidangan pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka, Agar-Agar Santan, Puding Roti dan Karamel serta Bubur Cha Cha merupakan hidangan yang mesti anda cuba sebelum meninggalkan Ruangsari.
Bread Butter Pudding
Sesi [email protected] bermula dari 18 Mei hingga 14 Jun 2018.
Pelbagai pilihan kek
Untuk keselesaan tetamu, INTEKMA juga menyediakan kemudahan pengangkutan buggy, surau, tandas dan parkir percuma.
Beraneka jenis dessert disajikan
Untuk maklumat lanjut mengenai buffet Ramadan, sila hubungi 03-55225009 / 5222 / 5066 / 5001 / 5104 / 5106.